Tuesday, January 26, 2010

MEMBENDUNG RASA TAKUT & GEMENTAR KETIKA BERUCAP

Bagi membendung rasa takut dan gementar semasa berucap, berikut adalah 25 langkah yang boleh dijadikan panduan dalam mengatasi masalah anda:

* Berdoa kepada Tuhan agar anda diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.


* Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat mengurangkan rasa gugup anda ketika berhadapan dengan orang ramai.


* Anggap khalayak sebagai rakan anda dan angan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang ramai


* Elakkan menjalin pertemuan mata dengan setiap orang sebaliknya melihat kearah aras kepala setiap orang seolah-olah anda melihat mereka.


* Datang lebih awal ketempat anda berucap supaya anda dapat mengenali dan menguasai lokasi terbabit. Dekati hadirin anda dan berbual dengan mereka kerana secara psikologinya ia memberi keyakinan apabila anda mila berucap.

* Jalin hubungan mata dengan khayalak yang mesra dan melemparkan senyuman kepada anda atau mengangguk kerana dengan cara itu anda tidak merasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius.

* Yakinkan diri anda akan berjaya dan bersikap positif. Khayalak sebenarnya tidak ingin melihat anda gementar atau takut kerana mereka mahu mendengar ucapan umum yang baik dan berinformasi.

* Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan gementar serta tertekan.

* Cuba hafal kenyataan minit-minit awal supaya anda akan kelihatan yakin berada di hadapan.


* Tanya soalan juga satu cara untuk membunuh rasa takut dan gementar.


* Buat persediaan yang cukup kerana kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan anda lebih gementar. Dapatkan data, statistik, maklumat dan contoh yang sesuai supaya anda dilihat sepuluh langkah di hadapan berbanding khalayak.

* Belatih dan terus berlatih membuatkan anda lebih bersedia. Jika tidak mahu bercakap di hadapan rakan, gunakan cermin sebagai langkah
berlatih.

1 comment: